Monday 21 October 2013

KU TERLENA

Bismillah


















Tidur ku kini memang lena,
bukan kerana ku undang 
tapi kerana sengaja kucari ketegangan dan keletihan 
supaya tidur dan lelapku datang tanpa ku hias 
hias dengan madah yang berfoya..

Namun 
Setiap kali mataku dbuka oleh kejutan cahaya siang,
kurasa dunia ini berubah bagai manusia yang x bercita..
bayangan yang kurasa musimnya dulu bagai semalam berlaku..

Apa salahku 
Menanggung sakit tanpa mengerti apakah yang aku sakiti.
Menanggung beban seberat dunia tanpa daun2 kering..

kini lilin ku tiada 
dikala cahaya lampu mencemburui cahaya rembulan..
Aku kecewa.. kecewa denganmu wahai dunia..

Kini
hatiku terasa bagai ditumbuk-tumbuk oleh jantungku sendiri..
jika diluar dapat ku asing antara jantung dan hati.. 
tapi ianya disanubari..

Aku tidak dapat mengerti perasaan apakah yang tersirat di hatiku..
Ianya bagai kelihatan tapi samar akibat degupan jantung yang deras..

Bukan ku marah ..
Bukan ku berkecil hati..
Tapi kuterasa ada sedikit perasaan yang ku kenal datang padaku..
kecewa ! ya kecewa.. ada sedikit kecewa dengan sikapmu..

Bukan apa 
aku telah pecahkan pimtu yang telah kunci rapi
aku yakin
kubawa masuk segala santapan yang tidak berapa enak 
ku terima dengan rendah hati.. Tapi :(

Sementara Rindu menggamit mimpi
Hanya namamu Yana ada d sanubari..

Dan kini hanya Mithali yang tinggal dihati..
Dan Mithali itu juga yang tabah dan kuat darimu
yang mampu mengubat penyakit hakiki manusia ini..



ikhlas :

Muhammad Riduan

No comments:

Post a Comment