Friday 2 August 2013

Kesedihan yang Tiada Kesudahan




Assalamualaikum w.b.t

 kesedihan Dan terus sedih..
Kadang-kadang kite berasa bahawa kite terlalu kuat , tapi bila berlaku perkara yang kita sendiri tidak mampu dan mahu laluinya...
Airmata dan hati bagai mengembang dan menakungi air, terasa bagai ingin melimpahkan
air dikelopak mata..




Setiap Pertemuan pasti akan ada perpisahan.. Hakikat dan lumrah manusia hnya bergembira dan terus gembira apabila didatangi sesuatu yang dikenali sebagai ''Pertemuan'' .. Namun begitu,  Lumrah juga sudah tahu bahawa yang hidup pasti akan mati dan seertinya yang bertemu pasti akan berpisah..

Bagi aku pertemuan adalah 1 permulaan dan jika pertemuan itu diselitkn niat dhati kerana Allah , Insyaallah pertemuan itu adalah pertemuan yang paling indah..
Dulu aku pernah berkata aku xsuke bertemu dngn sesiapa dan menjalinkan hubungan persahabatan yang akrab walau dengan sesiapapun kerana aku takutkan perpisahan yang pasti akan berlaku.. Tapi anggapan ku salah , Semakin jauh aku lari dari masalah diriku semakin dekat pula dia hampiri .. Namun gelombang dan auranya tidak dapat aku tewasi.
Pertemuan tetap berlaku..

Semasa kecil bila tiba hari raya , Pulangnya sanak dan saudara berkumpul di sebuah rumah yang penuh makna bergembira , bermesra , bersama-sama .. Namun hakikatnya Apabila tiba masa pulang ke gagang asalnya, hati terasa sebak , hati terasa pedih.. Keakraban tu menyatukan hati kami secara automasinya sendiri..

Aku anak lelaki yang sangat kaya dengan egoisnya .. Setiap pagi raya Aku Lari dari penglihatan Ibu dan Bapaku.. Bukan aku benci dan bukan aku lari meninggalkan mereka pergi ..Tetapi aku takut untuk mengalirkan walau setitis airmata dihadapan ibu dan bapa.. hakikatnya aku menangis di belakang mereka dan yang pasti tanpa pengetahuan sesiapa..

kini sudah meningkat dewasa , Benakku juga semakin mengembang dewasa.. Aku belajar dari segala kesedihan yg pernah ku lalui dahulu. dewasa ini juga aku bekerja di salah sebuah syarikat swasta di Ibu Kota.. 2 Tahun aku bekerja , susah kami bantu bersama , senang kami nikmati bersama namun akhirnya perpisahan melanda juga.
Disaat ingin pergi melangkah ke dunia yang kedua , hati terasa berat kerana ingin meninggalkn seribu senyuman yang pernah aku lakar dan aku ukirkan..

Tapi apakan daya , aku terpaksa menjadi seorang yang mementingkan diri sendiri..
aku tinggalkan seribu kenangan dengan 1 cita-cita pembangunan ukhuwah yang baru..
Dan satu perkara ingin aku sampaikan adalah tidak semestinya perpisahan ini menjadi asbab putusnya keakraban persahabatan yang telah terjalin.. Bagi aku perpisahan ini adalah kerana Allah.. Perpisahan ini juga akan melahirkan rasa cinta dan kasih di antara kami semua..


ikhlas :

Muhammad Riduan