Thursday 25 July 2013

Keberkatan @ بركة

Bismillahirrohmanirrahim




Disaat kegemilangan kian berubah dan beransur..
jiwaku resah , gundah , dan gelisah.. 

Dimanakah jalan yang benar2 harusku lalui..
aku buntu, bingung.. kadang2 perasaan ni membuatkan aku leka ditelan masa..

Pabila tiba akhir bulan, setiap pemburuh bidang tersenyum walau seketika,
namun mereka tetap teruskan usaha dan daya yang tiada upaya..
mereka tahu tanpa kerahan kerja mereka tidak akan mendapat apa-apa..

Beginilah kita hidup didunia, 
kais pagi makan pagi, kais petang makan petang

Beribu-ribu kertas wang yang kita dapat
Berjuta-juta keping syiling yang kita kumpul

Namun kesudahannya tiada penghujung juga
malah ditangisi , di amati , disesali tanpa bayang..
mengapa semua ini terjadi.. dimana cermin dinding..
Pulanglah teman.. kembali kepangkal jalan..

Usahla kau asyik bertepuk dinding berkata-kata dengan cermin..
Tawadukkan hatimu , tundukkan pandanganmu , luaskan hijabmu..
cerminlah diri dengan taubat dan penginsafan..
kerja yang kau lakukan itu penuh dengan kekotoran..

Sucikanlah hati , ikhlaskanlah segala apa yang diamanahkan oleh Allah untukmu..
Sungguhpun orang yang besar mengarahmu untuk lakukan sesuatu,
Hakikatnya amanat dan arahan itu datangnya dari Allah yang satu ..

Kita dipilih olehNya melakukan segala kerja yang diberi kerana 

Tiada lagi manusia yang sanggup memikul tanggungjawab itu selain kita..
ini benar , bukan sekadar kajian , tetapi Kalam Allah yg Suci dan penuh erti..

Kawan-kawan marilah ikhlaskanlah hati...
kerjalah dengan seikhlas hati..
laksanakan tanggung dan jawab sepenuh hati..

Ingat Datang 1 Ujian bukan bermakna benci , 
Tapi Datangnye ujian adalah kerana dikasihi 
Bersabarlah kawan dalam melalui kehidupan sehari-harian..
Kau Pasti Berjaya !

ikhlas :

Muhammad Riduan

Thursday 11 July 2013

Jom ke “Konvensyen Usahawan Muslim”




Bismillahirrohmanirrahim



Kepada blogger2 yang saya hormati, apa kata kita serang konvensyen kali ni.
yang pasti konvensyen kali ini dijayakan lagi dengan usahawan-usahawan Muslim yang berjaya bro.
bukan calang-calang tu..

yang pasti konvensyen ini didatangi oleh orang muslim yang ingin berjaya sahaja..
mungkin speaker-speaker akan memberi berbagai tip dan teknik kita orang islam untuk maju dan terus berjaya kehadapan.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini.

JOM DATANG!!

Ini adalah speaker-speaker hebat dalam Konvensyen Usahawan Muslim akan datang ini.

Ustaz Pahrol Mohamad Juoi.
Penceramah Bebas

Datuk Nadzim Johan
Pengasas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Datuk Wira Dr. Haji Ameer Ali Mydin.
Pengarah Urusan Mydin Holdings Sdn Bhd

Tuan Haji Ali Hassan Mohammad Hassan
Pengarah Urusan Al-Ikhsan Sport Sdn Bhd

Dato’ Husammudin Yaacub
CEO Kumpulan Media Karangkraf

Dato’Dr Rusly Abdullah (Chef Li)
Mentor Jutawan Senyap

Semuanya hebat-hebat belaka ni!

Ini adalah aturcara yang dicadangkan oleh penganjur.

info lanjut masuk link ini :-

www.KonvesyenUsahawanmuslim.com