Thursday 25 July 2013

Keberkatan @ بركة

Bismillahirrohmanirrahim




Disaat kegemilangan kian berubah dan beransur..
jiwaku resah , gundah , dan gelisah.. 

Dimanakah jalan yang benar2 harusku lalui..
aku buntu, bingung.. kadang2 perasaan ni membuatkan aku leka ditelan masa..

Pabila tiba akhir bulan, setiap pemburuh bidang tersenyum walau seketika,
namun mereka tetap teruskan usaha dan daya yang tiada upaya..
mereka tahu tanpa kerahan kerja mereka tidak akan mendapat apa-apa..

Beginilah kita hidup didunia, 
kais pagi makan pagi, kais petang makan petang

Beribu-ribu kertas wang yang kita dapat
Berjuta-juta keping syiling yang kita kumpul

Namun kesudahannya tiada penghujung juga
malah ditangisi , di amati , disesali tanpa bayang..
mengapa semua ini terjadi.. dimana cermin dinding..
Pulanglah teman.. kembali kepangkal jalan..

Usahla kau asyik bertepuk dinding berkata-kata dengan cermin..
Tawadukkan hatimu , tundukkan pandanganmu , luaskan hijabmu..
cerminlah diri dengan taubat dan penginsafan..
kerja yang kau lakukan itu penuh dengan kekotoran..

Sucikanlah hati , ikhlaskanlah segala apa yang diamanahkan oleh Allah untukmu..
Sungguhpun orang yang besar mengarahmu untuk lakukan sesuatu,
Hakikatnya amanat dan arahan itu datangnya dari Allah yang satu ..

Kita dipilih olehNya melakukan segala kerja yang diberi kerana 

Tiada lagi manusia yang sanggup memikul tanggungjawab itu selain kita..
ini benar , bukan sekadar kajian , tetapi Kalam Allah yg Suci dan penuh erti..

Kawan-kawan marilah ikhlaskanlah hati...
kerjalah dengan seikhlas hati..
laksanakan tanggung dan jawab sepenuh hati..

Ingat Datang 1 Ujian bukan bermakna benci , 
Tapi Datangnye ujian adalah kerana dikasihi 
Bersabarlah kawan dalam melalui kehidupan sehari-harian..
Kau Pasti Berjaya !

ikhlas :

Muhammad Riduan

No comments:

Post a Comment